• Manhaj

  • al-Quran wa Sunnah

  • Tarbiyyah Wa Tasfiyyah

  • Akhlak

  • Rakaman Video

  • Rakaman Audio

  • Senarai Rakaman

Bagaimanakah Seorang Muslim Dapat Mendisiplinkan Dirinya?

Oleh Sheikh Muhammad Al Munajjid
Mengakui kelemahan diri anda adalah antara langkah pertama untuk mendisiplinkan diri anda. Sesiapa yang mengakui yang dia mempunyai kelemahan telah memulakan langkah pertama untuk mendisiplinkan diri. Pengakuan ini adalah di antara penyebab untuk kita mendisiplinkan diri dan terus beristiqamah melakukannya. Pengakuan ini tidak sepatutnya menghentikan anda dari mendisiplinkan diri. Apabila seseorang cuba untuk berubah, itu menunjukkan tanda bahawa Allah menyayangi seperti firmanNya:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [al-Ra’d 13:11]

Maka sesiapa jua yang berusaha untuk berubah demi Allah, Allah akan membantunya untuk berubah. Setiap manusia adalah bertanggungjawab kepada dirinya sendiri, dan akan ditanya secara bersendirian, seperti firman Allah (maksudnya):

Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri” [Maryam 19:93-95]

Manusia tidak mendapat sebarang kebaikan dari apa yang diberitahu kepadanya mengenai kebaikan sehinggalah dia sendiri yang berminat terhadapnya. Tidakkah anda mengetahui mengenai cerita isteri Nabi Nuh a.s dan isteri Nabi Luth a.s, yang mana merupakan ahli keluarga kepada Nabi – nabi, yang mana salah seorangnya merupakan Rasul yang mempunyai semangat yang kuat? Bayangkan bagaimana para Nabi ini berusaha keras untuk mendidik isteri mereka dan betapa banyaknya tarbiyah yang mereka perolehi, tetapi kerana mereka tidak berminat, maka dikatakan kepada mereka (maksudnya):

"Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)". [al-Tahreem 66:10]

Manakala isteri Firaun – walaupun dia merupakan ahli keluarga kepada salah seorang yang paling zalim – dia telah ditunjukkan oleh Allah sebagai contoh kepada mukmin kerana dia mendisiplinkan dirinya. Cara – cara untuk seseorang Muslim untuk mendisiplinkan dirinya adalah seperti berikut:

1- Beribadah kepada Allah, sentiasa mengingatiNya dan menyembahNya. Ianya dilakukan dengan sentiasa melakukan ibadah dengan baik, dan menjauhkan diri anda dari syirik.

2- Banyakkan membaca Qur’an, hayati maknanya dan cuba untuk memahaminya.

3- Membaca buku – buku agama yang bermanfaat yang menerangkan cara untuk membersihkan hati, seperti Mukhtasar Manhaaj al-QaasideenTahdheeb Madaarij al-Saalikeen dan sebagainya; membaca biografi para salaf dan belajar mengenai sikap dan perilaku mereka, seperti Sifat al-Safwah oleh Ibn al-Jawzi dan Ayna Nahnu min Akhlaaq al-Salaf oleh Baha’ al-Deen ‘Aqeel dan Naasir al-Jaleel.

4- Menghadiri program–program ilmiah seperti kelas–kelas dan kuliah–kuliah.

5- Menggunakan masa anda sebaiknya dan gunakannya untuk melakukan perkara yang memberi kebaikan dunia dan akhirat.

6- Tidak terlalu menurutkan hati terhadap perkara yg harus dan tidak terlalu melayaninya.

7- Sentiasa bersama orang yang alim dan mencari rakan – rakan yang alim, yang dapat membantu anda untuk melakukan kebaikan. Mereka yang tinggal secara bersendirian akan kerugian banyak dari segi karakteristik seorang saudara yang baik seperti mendahulukan orang lain dan bersabar.

8- Cuba untuk bertindak terhadap apa yang anda pelajari dan mengamalkannya.

9- Sentiasa memantau diri sendiri.

10- Yakinilah diri sendiri –di samping bertawakal kepada Allah– kerana seseorang yang tidak mempunyai keyakinan tidak mampu untuk bertindak.

11- Hina diri anda sendiri kerana tidak melakukan yang secukupnya demi Allah. Ini tidaklah bercanggah dengan perkara yang disebut di atas. Seseorang itu perlulah berusaha keras sementara sentiasa memikirkan yang usahanya masih tidak mencukupi.

12- Amalkan masa bersendirian seperti yang dituntut oleh syara’. Anda tidak sepatutnya bergaul dengan orang sepanjang masa, sebaliknya anda perlu ada masa untuk bersendirian, dalam beribadah seperti yang dianjurkan oleh Islam. Kami berdoa kepada Allah untuk membantu kami dan anda untuk mendisiplinkan diri kita dan untuk melakukan apa yang Allah cinta dan suka.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga dan sahabat – sahabat baginda.

Tasfiyyah wa Tarbiyyah

Filed Under:

About the Author

My name is Dinh Quang Huy or known as alias NhamNgaHanh .I made this template in magazine style and named it Simplex Darkness .I hope it helpful to persons who want a solutions for a template in Blogspot.To download this template and see template install instruction ,go to Simplex Design blog.

Leave a Reply