• Manhaj

  • al-Quran wa Sunnah

  • Tarbiyyah Wa Tasfiyyah

  • Akhlak

  • Rakaman Video

  • Rakaman Audio

  • Senarai Rakaman

About


Assalamu'alaikum wbt.


أَنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُوَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِأَعْمَالِنَامَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُوَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُوَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kepada-Nya kita memohon dan kepada-Nya jua kita meminta ampun. Kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dia tidak akan mendapatkan kesesatan. Barangsiapa yang tersesat, maka tidak ada yang dapat memberikannya petunjuk kecuali hanya Dia. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Esa. Aku bersaksi bahawasanya Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.

Laman web ini dibina pada 6 September 2010 bersamaan dengan 27 Ramadhan 1431 Hijrah. Fokus laman web ini dibina adalah untuk memberi manfaat kepada masyarakat yang sering berlegar ke alam Internet mengenai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Fokus utama laman web ini ialah menyebarkan rakaman-rakaman majlis ilmu dalam bentuk video dan audio. Manakala fokus sampingan laman web ini ialah menyebarkan pengumpulan artikel-artikel agama mengenai manhaj (prinsip aqidah) seorang muslim dan akhlak peribadi seorang muslim.

Di samping itu, terdapat juga maklumat mengenai jadual kuliah-kuliah yang sering berjalan pada setiap bulan di sekitar Lembah Klang. Info terkini mengenai program besar majlis ilmu juga dipaparkan bagi memudahkan untuk mereka yang berminat ke program majlis ilmu yang membawa pendekatan kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Paparan rakaman-rakaman kuliah di laman web ini; rakaman video hanya memaparkan sedutan daripada kuliah penuh manakala rakaman audio pula ada diletakkan link untuk di'download' fail audio tersebut.

Bagi rakaman video, rakaman video yang lengkap, pengunjung hendaklah membeli rakaman video tersebut yang format dalam bentuk DVD. Bagi rakaman audio, juga terdapat perkhidmatan khas dalam memudahkan pengunjung dengan membeli rakaman-rakaman audio yang formatnya dalam bentuk CD. Insya Allah, kategori urusan jual beli rakaman-rakaman video dan audio akan ditambah dalam laman web ini pada masa hadapan memandangkan laman web ini masih baru beroperasi.

Insya Allah..Semoga gerak usaha ini mendapat manfaat semua dalam memiliki ilmu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Amin.


- Admin Kuliyyah As-Sunnah -