KEM REMAJA GEMILANG 2011 “AGAMA TERBILANG, AKADEMIK GEMILANG”
Ikmal
|
Sunday, 22 May 2011
|
0 comments
Kem Remaja Gemilang 2011. Penampilan istimewa bersama Imam Muda Asyraf
KEM REMAJA GEMILANG 2011
“AGAMA TERBILANG, AKADEMIK GEMILANG”
TARIKH
03/06/2011 – 05/06/2011
(Jumaat – Ahad)
TEMPAT
Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi
ANJURAN
INTIS Consultant and Training
Penyertaan:
Remaja Lelaki dan Perempuan: 13-18 tahun
Yuran: RM 100
Pendaftaran hubungi:
Ummil Ulfah- 013-3087012
Anhar 013-2641692
Pembayaran. Bank Islam: Yusuf Yahya 12029020237716
Tarikh Tutup Pendaftaran: Ahad 29 Mei 2011
Mukadimah
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh!
Kem Remaja anjuran INTIS kembali lagi. Dengan pengisian yang lebih padat dan mantap. Merangkumi pemantapan kepada asas-asas akidah Islamiah, pemantapan ilmu tentang kepentingan dan amali solat, memahami sunnah-sunnah harian Rasulullah SAW. Peserta juga akan ditekannya untuk sering membaca al-Quran dan memperbaiki bacaannya Dan yang terbaru! Praktikal pengurusan jenazah yang jarang-jarang diajar untuk golongan remaja. Juga tidak dilupakan slot motivasi belajar agar golongan remaja dapat mengetahui teknik belajar yang berkesan.
Apakah yang akan diperolehi oleh anak-anak yang menyertai program ini?
- Peserta akan memahami tentang asas akidah Islam serta hal-hal yang merosakkan akidah
- Peserta akan memahami tatacara solat dengan dalil-dalil dari hadis yang soheh, bahaya meninggalkan solat, serta tatacara solat ketika sakit, musafir dan sebagainya.
- Peserta akan memahami zikir dan doa harian yang diamalkan Rasulullah SAW, adab-adab sehariannya.
- Memahami akhlak Islamiah khususnya akhlak dengan ibu bapa
- Peserta mampu mensolatkan jenazah, mengkafaninya, serta memandikan jenazah
Apa kelebihan program ini?
- Lebih 80% aktiviti di dalam kumpulan, dan hanya sekitar 15-20% sahaja kuliah
- Nota-nota disokong dengan hadis-hadis yang sahih dengan rujukan kitab-kitab yang muktabar
- Peserta turut akan dilatih bergerak secara berkumpulan, melakukan ‘presentation’ sekaligus melatih teknik komunikasi mereka.
- Rekod kemajuan peserta akan diberikan pada majlis penutup. Sesi perjumpaan ibu bapa dan fasilitator yang jarang-jarang ditemui di dalam program-program motivasi yang lain
Tentatif Program:
03 Jun 2011 / Jumaat
15.00 pm : Pendaftaran Peserta
16.00 pm : Taklimat program kepada peserta
16.30 pm : Solat Asar
17.00 pm : Ice-breaking (sesi perkenalan dengan ahli kumpulan)
18.00 pm : Hemat diri
18.45 pm : Makan malam
19.20 pm : Solat Maghrib
19.45 pm : LDK 1 – Asas Akidah Islam
20.30 pm : Solat Isya’ LDK 2- Sunnah-Sunnah Harian
22.30 pm : Minum malam
23.00 pm : Zikir dan doa tidur
23.15 pm : Tidur
4 Jun 2011 Sabtu
04.45 am : Bangun dan hemat diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.30 am : Halaqah al-Quran
07.00 am : Riadhah
08.00 am : Hemat diri
08.30 am : Sarapan pagi
09.00 am : LDK 3 – Kesempurnaan bersuci
10.00 am : Rehat
10.15 am : LDK 4 – Kesempurnaan solat
12.45 pm : Rehat dan Makan tengahari
13.15 pm : Solat Zohor
13.50 pm : LDK 5 – Pengurusan jenazah (Solat dan kafan)
15.00 pm : Rehat
15.15 pm : Persediaan untuk pembentangan sunnah-sunnah harian
16.30 pm : Minum petang dan solat Asar
17.00 pm : Riadhah
18.00 pm : Hemat diri
18.45 pm : Makan malam
19.20 pm : Solat Maghrib
19.45 pm : Tazkirah – Anak Soleh
20.30 pm : Solat Isya’
21.00 pm : Persiapan akhir presentasi sunnah-sunnah harian
21.15 pm : Presentasi (kumpulan)
22.30 pm : Minum malam
23.00 pm : Zikir dan adab tidur
23.15 pm : Tidur
5 Jun 2011 Ahad
04.45 am : Bangun tidur dan hemat diri
05.00 am : Qiamullail
06.00 am : Solat Subuh
06.30 am : Muraja’ah
07.00 am : CURHAT (Curahan hati)
07.30 am : Hemat diri dan sarapan pagi
08.00 am : Motivasi kecemerlangan akademik
09.30 am : Ujian praktikal (wudhu’, solat, solat jenazah)
10.45 am : Rehat
11.00 am : Game – jenazah
12.00 pm : Ujian bertulis
12.30 pm : Rehat, hemat diri dan makan tengahari
13.20 pm : Solat Zohor
14.00 pm : Berkemas (persiapan pulang)
14.30 pm : Majlis penutup dan penyampaian hadiah
15.15 pm : Penyerahan kad laporan dan bersurai
Maklumat lanjut/Update. Layari
Sebarang pertanyaan boleh juga diemelkan kepada intisonline@gmail.com
Filed Under: Info Terkini
0 comments
Trackback URL | Comments RSS Feed